SASAR 2 JUTA RAKYAT JOHOR DAFTAR PADU


Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dilancarkan pada 2 Januari lalu. | Foto Facebook Anwar Ibrahim

 

Seramai 112,524 rakyat Johor sudah membuat pendaftaran di Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sehingga kelmarin sejak ia dilancarkan pada 2 Januari lalu.

 

Jumlah ini dijangka akan terus meningkat dengan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Johor akan terus bergerak aktif bagi menggalakkan lebih ramai rakyat negeri ini mendaftar sistem PADU sehingga penghujung Mac depan.

 

Bagi tujuan itu, DOSM Johor telah membuka kaunter di Pejabat Daerah seluruh negeri ini selain pengoperasian kaunter bergerak di pelbagai acara program anjuran Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta di kawasan kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR).

 

Rakyat Johor juga boleh hadir ke semua pejabat DOSM negeri ini di Johor Bahru, Kluang, Muar dan Batu Pahat bagi mengemaskini maklumat isi rumah dan profil individu di sistem PADU.

 

Pada masa sama, pegawai DOSM Johor juga akan berada di Pusat Ekonomi Digital Johor (PEDI) terpilih bagi menggalakkan orang ramai mendaftar dan seterusnya meningkatkan peratusan bagi mencapai sasaran 2 juta pendaftaran.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor