SAYA AKAN BALAS KEPERCAYAAN INI : KJ


Tangkap layar kenyataan dimuatnaik Khairy Jamaluddin menerusi siaran di Facebook rasminya, hari ini.

 

ISKANDAR PUTERI — Khairy Jamaluddin, hari ini, menjunjung kasih terhadap Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atas perkenan pelantikannya sebagai Penasihat Belia Johor dan Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

 

Beliau akui amat teruja untuk menyertai JDT yang merupakan kelab bola sepak terbesar di Asia Tenggara serta mempamerkan prestasi cemerlang pada setiap musim perlawanan.

 

“Saya akan menyumbangkan sedikit pengalaman yang ada pada saya untuk membantu Tunku Mahkota Johor dalam visi Tuanku untuk menjadikan JDT FC kelab bolasepak paling unggul di benua Asia,” kata beliau dalam Facebook rasminya.

 

Selain itu, Khairy juga bersedia untuk membantu merealisasikan hasrat Tunku Mahkota Johor dalam memperkasakan belia Bangsa Johor melalui pendidikan, latihan, keusahawanan, kebajikan dan juga memberi perlindungan sewajarnya kepada remaja dan kanak- kanak.

 

“Saya akan membalas kepercayaan ini dengan usaha yang bersungguh-sungguh demi kecemerlangan berterusan JDT FC dan pemerkasaan belia Johor,” kata beliau lagi.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor