EXCO KERAJAAN JOHOR UCAP TAHNIAH KEPADA KJ


Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah.

 

ISKANDAR PUTERI — Pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai Penasihat Belia Johor dan Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) disambut baik kerajaan negeri.

 

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah mengucapkan tahniah atas pelantikan tersebut.

 

“Saya menyambut baik pelantikan Khairy Jamaluddin dan diharapkan dapat bekerjasama bagi memastikan agenda pembangunan belia khususnya di Johor dapat dijayakan dengan lebih berkesan.

 

“Saya juga berharap, berbekalkan pengalaman dan keupayaan dimiliki Saudara KJ, beliau dapat memberikan idea dan buah fikiran baharu yang lebih dinamik untuk Orang Muda Johor serta pembangunan bola sepak khususnya di seluruh Johor,” kata beliau menerusi Facebook rasminya hari ini.

 

Mohd Hairi berkata, pelantikan Khairy juga dilihat paling tepat berbekalkan pengalaman bekas Ahli Parlimen Rembau itu yang berkhidmat sebagai Menteri Belia dan Sukan sebelum ini.

 

Beliau turut menyeru kepada semua belia dan Orang Muda Johor untuk terus memberikan sokongan bagi membolehkan Khairy dapat menjalankan tanggungjawab serta amanah yang diberikan dengan baik.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor