SEMANGAT JUANG DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL JADI TELADAN BANGSA JOHOR

Lebih membanggakan, DYAM Tunku Mahkota Ismail tetap turun beraksi meskipun mengalami kecederaan pada bahagian tangan dan berjaya menyumbang enam daripada 10 jaringan keseluruhan pasukan serta dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP), manakala kuda tunggangan Baginda, Poliya Cara Palida pula menerima pengiktirafan sebagai ‘The Best Playing Pony’. | Foto MDJ Aisyah Mazalan
#IskandarPuteri – Kejayaan pasukan Royal Johor menjuarai Johor Super Crown Polo Tournament (JSCPT) 2026 turut menyerlahkan semangat juang DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang sewajarnya menjadi teladan yang amat bermakna kepada seluruh Bangsa Johor.
Kerajaan Negeri merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada DYAM Tunku Mahkota Ismail dan pasukan Royal Johor atas kejayaan menjuarai JSCPT 2026 selepas menewaskan Temasek 10-7 dalam perlawanan akhir di Royal Johor Polo Club (RJPC), Istana Pasir Pelangi, pada Ahad.
Lebih membanggakan, DYAM Tunku Mahkota Ismail tetap turun beraksi meskipun mengalami kecederaan pada bahagian tangan dan berjaya menyumbang enam daripada 10 jaringan keseluruhan pasukan serta dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP), manakala kuda tunggangan Baginda, Poliya Cara Palida pula menerima pengiktirafan sebagai ‘The Best Playing Pony’.
Kecekalan, disiplin dan semangat tidak mudah mengalah yang ditunjukkan oleh DYAM Tunku merupakan teladan yang cukup bermakna dan ia diharapkan terus menjadi pemangkin semangat kepada seluruh Bangsa Johor untuk sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukan.
Penganjuran kejohanan bertaraf dunia yang menghimpunkan pasukan elit serta pemain antarabangsa berkaliber tinggi ini sekali lagi membuktikan kemampuan Johor untuk menganjurkan acara sukan berprestij pada tahap tertinggi, di samping memperkenalkan nama Johor dengan lebih luas kepada dunia.
Kerajaan Negeri berharap kejayaan Royal Johor menjulang JSCPT 2026 bukan sahaja terus memperkukuh legasi dan tradisi polo Diraja Johor, malah menjadi pemangkin kepada usaha mengangkat Johor sebagai destinasi pilihan bagi penganjuran acara sukan antarabangsa.
Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor turut hadir menyaksikan perlawanan akhir JSCPT 2026 yang berlangsung di Royal Johor Polo Club (RJPC), Istana Pasir Pelangi, semalam.
#JohorSuperCrown2026
#PoloTournament2026
#RoyalJohorPoloClub
#LegacyInMotion
#SukanMDJ
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



