SEMUA UNIT MBJB DALAM MOD BERSEDIA


Datuk Bandar MBJB, Dato’ Mohd Noorazam Osman memaklumkan semua unit MBJB dalam mod bersedia. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sudah mengarahkan semua unit terlibat berada dalam mod bersedia bagi menghadapi kejadian banjir di kawasan bandar raya Johor Bahru.

 

Datuk Bandar MBJB, Dato’ Mohd Noorazam Osman memaklumkan pihaknya telah bersedia dari segi kekuatan anggota dan logistik bagi melaksanakan tindakan segera serta bantuan pengalihan jika perlu.

 

Semua kontraktor penyelenggaraaan turut diarahkan untuk memastikan tiada halangan di sungai dan parit utama bagi memastikan aliran air berjalan lancar semasa hujan lebat.

 

Pam-pam banjir pula dipastikan berfungsi dengan baik agar dapat mengurangkan risiko kejadian banjir selain pemakluman jadual pasang surut air menerusi media sosial.

 

Selain itu, agensi kerajaan lain turut dimohon untuk bersedia memastikan laluan air, parit dan sebagainya berfungsi dengan baik dan tidak tersumbat seperti yang terjadi baru-baru ini.

 

Isu banjir dalam kawasan MBJB dan pihak berkuasa tempatan (PBT) ‘The Greater Johor Bahru’ diberikan tumpuan Kerajaan Negeri dan langkah penyelesaian sudah dikenal pasti bagi dilaksanakan secepat mungkin.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor