JKR JOHOR SIAP SIAGA HADAPI BANJIR


Kawasan Segamat yang terjejas akibat banjir. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Jabatan Kerja Raya (JKR) menyediakan garis panduan menyenaraikan sebanyak 25 tindakan berjaga-jaga dalam menghadapi bencana seperti banjir dan tanah runtuh terutama ketika musim tengkujuh dan Monsun Timur Laut (MTL).

 

Antara bentuk tindakan tersebut, JKR Negeri Johor memaklumkan adalah pemeriksaan berkala keadaan cerun, longkang dan pembetung bagi memastikan sistem saliran sentiasa berada dalam bersih dan tidak tersumbat.

 

Selain itu, pengawasan cerun tebing tanah untuk kenal pasti tanda awal kegagalan cerun, menyediakan laluan alternatif berserta papan tanda lencongan dalam tempoh 24 jam jika ada jalan terputus hubungan dan pembaikan segera jalan mahupun jabatan yang rosak akibat bencana.

 

Pada masa sama, pihak konsesi turut telah diminta melakukan penyelenggaraan parit dan longkang secara berkala mengikut jadual kerja rutin serta perlu bertindak terhadap jalan raya yang dikenal pasti terlibat dalam banjir.

 

JKR Negeri Johor juga memaklumkan kerja baik pulih Jalan Negeri di Jalan Bekok (J150) dekat Segamat, Jalan Kangkar Senanga (J23) dan kerja menaik aras Jalan Gelang Patah-Pendas (J4) serta Jalan Masai Lama (J10) yang terjejas akibat banjir Mac lalu, selesai dilaksanakan setakat Disember 2023.

 

Di samping itu, kerja baik pulih Jalan Persekutuan di Felda Medoi, Segamat dan Jambatan Ulu Penggeli, Kluang yang terjejas akibat bencana berkenaan juga sudah siap dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM263,000.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor