SMF AKAN KUNJUNGI JOHOR LIHAT POTENSI PELABURAN


Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyifatkan sesi dialog bersama kepimpinan Persekutuan Pengilangan Singapura (SMF) diketuai Presidennya, Lennon Tan sebagai sangat positif | Sumber gambar Facebook Onn Hafiz Ghazi.

 

ISKANDAR PUTERI — Persekutuan Pengilangan Singapura (SMF) akan mengadakan misi untuk melawat Johor dalam masa terdekat.

 

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi susulan sesi dialog dan perbincangan bersama SMF diketuai Presidennya, Lennon Tan.

 

Onn Hafiz berkata, lawatan SMF itu bertujuan melihat sendiri potensi pelaburan yang ada di Johor.

 

“Sebagai sebuah badan yang mewakili hampir 5,000 ahli korporat terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana (SME), syarikat multinasional (MNC), serta ahli bersekutu, potensi pelaburan mereka (SMF) kepada Johor amat besar.

 

“Soalan yang berbangkit rata-rata mengenai penyediaan tenaga kerja yang terlatih dan mencukupi, cukai karbon, serta prasarana yang mesra pelabur,” kata beliau di Facebook rasminya.

 

Onn Hafiz berkata, Kerajaan Johor memberi jaminan untuk melakukan yang terbaik sebagai pemudahcara bagi pihak SMF mengembangkan perniagaan di negeri ini

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor