SPEAKER DEWAN NEGERI JOHOR TITIP PESANAN KEPADA AHLI DEWAN


Speaker Dewan Negeri Johor, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi menyeru Ahli-Ahli Dewan Negeri Johor untuk bekerjasama demi kepentingan rakyat. | Foto ihsan MedKom

 

ISKANDAR PUTERI — Dewan Negeri Johor hari ini, menyeru kepada Ahli-Ahli Dewan Negeri Johor untuk saling berganding dan bekerjasama demi kepentingan rakyat di negeri ini.

 

Speaker Dewan Negeri Johor, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi turut mengajak Ahli-Ahli Dewan Negeri Johor untuk terus memikul tugas sebagai wakil rakyat dengan penuh amanah.

 

“Ingat kepada titah DYMM Sultan Johor (Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, peliharalah imej dan kredibiliti Dewan Negeri Johor yang mulia ini,” kata beliau dalam ucapan pemasyhuran pada Mesyuarat Ketiga Bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, di sini, hari ini.

 

Mohd Puad berkata, negara menjadi lebih baik sekiranya peraturan bernegara yang dibuat oleh wakil-wakil rakyat, lebih baik.

 

“Ahli-Ahli Yang Berhormat, sudah 18 bulan kita menjadi wakil rakyat. Pengalaman bertambah sepatutnya kita bertambah matang.

 

“Semoga bertambah pengalaman akan membantu Ahli-Ahli Yang Berhormat komited membahas peraturan bernegeri yang baik demi kemakmuran Johor dan rakyat yang kita wakili,” katanya.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor