SWM ENVIRONMENT FOKUS OPERASI SEMPENA RAMADAN, MENJELANG SYAWAL


SWM Environment fokus kepada Operasi Bazar Ramadan dan Kutipan Sisa Perayaan di semua PBT di negeri ini, sepanjang Ramadan dan menjelang Syawal nanti.

 

ISKANDAR PUTERI — SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) memberi fokus kepada Operasi Bazar Ramadan dan Kutipan Sisa Perayaan di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini, sepanjang Ramadan dan menjelang Syawal nanti.

 

Pengurus Besar Korporatnya, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, seramai 260 anggota SWM Environment dengan sokongan 55 lori kompaktor dan 200 unit kemudahan tong sampah disediakan bagi kelancaran perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di 112 lokasi bazar Ramadan.

 

“Justeru itu, pihak SWM Environment memohon kerjasama daripada para penganjur, peniaga dan pengunjung bazar Ramadan untuk menguruskan sisa mereka secara tertib dengan memanfaatkan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan serta sentiasa memastikan kebersihan di bazar-bazar Radaman.

 

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk menerapkan Kempen Hargai Makanan, Elakkan Pembaziran bagi mengurangkan janaan sisa makanan sepanjang bulan Ramadan ini,” katanya.

 

Mohd Norlisam turut memaklumkan 240 lori kutipan sisa pukal, kebun serta barangan kitar semula melibatkan 720 anggota SWM Environment sedia untuk memenuhi keperluan penduduk di kawasan berpenduduk umat Islam yang ramai.

 

“Penduduk hanya perlu menempatkan sisa pukal, kebun dan barangan kitar semula di tepi tong sampah beroda mengikut ketetapan jadual perkhidmatan,” katanya.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor