Tag Archive for: 2025

MELAHIRKAN PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR BERTARAF DUNIA

  #IskandarPuteri – Langkah Kerajaan Negeri menghantar Pegawai Tadbir Negeri Johor (JCS) mengikuti kursus pembangunan profesional bertaraf dunia merupakan pelaburan strategik untuk masa hadapan Johor.   Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor bertitah mahu melihat Johor mempunyai pegawai tadbir cemerlang dari sudut teknikal dan pentadbiran, pemikiran kritikal, keupayaan membuat keputusan tepat […]

TEATER ‘MAGIKA’ CUNGKIL BAKAT PELAJAR DISLEKSIA

  #JohorBahru – Gerak Teater Johor bakal mementaskan teater MAGIKA : Pengembaraan Tanpa Penghujung mengisahkan Haykal dan Hadi, dua beradik yang diculik ke alam fantasi oleh penuggu hutan dengan penyertaan seramai 47 murid sekolah sekitar Johor Bahru dan Kulai sebagai pelakon serta penari.   Produksi yang juga melibatkan seorang pengetua, guru dan karyawan teater Johor […]

JOHOR PILIHAN PELABUR GLOBAL

  #JohorBahru – Johor terus menjadi destinasi pelaburan pilihan syarikat terkemuka antarabangsa apabila Oryx Stainless Malaysia Sdn. Bhd, sebuah syarikat dari Jerman-Belanda memilih negeri ini sebagai lokasi operasi terbaharu mereka di Asia Tenggara.   Dengan nilai pelaburan sebanyak RM40 juta, kehadiran Oryx Stainless yang beroperasi di Tanjung Langsat, Pasir Gudang akan memfokuskan kepada sektor pemprosesan […]

BANDAR PUTRA-INDAHPURA KE ARAH BANDAR PINTAR DAN MAMPAN

  #Kulai – Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) melancarkan pelaksanaan Bandar Putra-Indahpura ke arah bandar pintar dan mampan yang bakal mentransformasi kawasan berkenaan sebagai bandar berteknologi tinggi dan meningkatkan kualiti hidup penduduk setempat.   Tiga aspek diberikan fokus bagi menjayakan agenda tersebut iaitu memperkasa elemen bandar pintar, rendah karbon dan membangun bandar kembar digital, penyediaan data […]

MAINJ RAI 100 TAHUN PENUBUHANNYA

  #JohorBahru – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) kini melakar sejarahnya tersendiri apabila menyambut ulang tahun ke-100 sejak ia ditubuhkan pada tahun 1925.   Dalam tempoh seabad itu, pelbagai kejayaan telah dicapai oleh agensi yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam terutama dalam membangunkan ummah di Johor.   Justeru bagi menyemarakkan Sambutan Ulang Tahun […]

MPBP PERKENAL INISIATIF PENDIGITALAN PERKHIDMATAN

  #BatuPahat – Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) melaksanakan transformasi dan meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam di dalam kawasan pentadbirannya dengan memperkenalkan tiga inisiatif pendigitalan bagi memacu agenda bandar pintar menjelang tahun 2030.   Inisiatif baharu tersebut adalah aplikasi ‘JomParking’ yang menjadi alternatif kepada kupon parkir fizikal dengan integrasi sistem ‘Go Force’ dan ‘GoPayy’ […]