Tag Archive for: Jdt

SORAKAN ‘LUASKAN KUASAMU’ TONIK TAMBAHAN PEMAIN JDT

    Penyokong kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak dapat menyembunyikan keterujaan mereka menjelang perlawanan akhir Piala FA 2024 menentang Selangor FC yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam esok. Sebagai pemain ke-12, Mohamad Idham Khalil, 24, berkongsi keyakinan pasukan kesayangannya akan sekali lagi mempamer aksi terbaik di pentas […]

SUKMA SARAWAK XXI: TIADA REZEKI KE FINAL, SKUAD BOLA JARING SASAR PINGAT GANGSA

  Harapan skuad bola jaring Johor untuk menjengah ke aksi final pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak XXI tidak kesampaian apabila tewas tipis kepada Kedah 40-44 dalam saingan separuh akhir di Dewan Serbaguna Politeknik Mukah, pagi tadi.   Bagaimanapun, skuad bimbingan Fazira Mesnan masih berpeluang untuk sekurang-kurangnya mendakap pingat gangsa apabila bakal turun menentang Terengganu […]

ASYRAAF TEKAD RAIH PINGAT UNTUK ARWAH IBU

  Atlet pelayaran Johor, Asyraaf Mokhtar bertekad menghadiahkan pingat dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 buat arwah ibunya, Rosmawati Md Yusuf yang meninggal dunia awal tahun ini.   Membuat penampilan ketiganya di pentas SUKMA, atlet berusia 21 tahun itu menyifatkan arwah ibunya sebagai pembakar semangat untuk tampil lebih cemerlang sejak berkecimpung dalam sukan […]

EMPAT PELAJAR ORANG ASLI JADI ANAK ANGKAT MENTERI BESAR JOHOR

  Empat pelajar Orang Asli dari Kampung Orang Asli Sungai Layau, Kota Tinggi menerima berita gembira apabila dipilih menjadi anak angkat di bawah Pejabat Menteri Besar Johor, susulan kejayaan memperolehi keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023/2024, baru-baru ini.   Kesemua mereka adalah Muhamammad Adam Naufal Mohd Nasir yang meraih 11A, Nur Aqilah […]

SKUAD SOFBOL WANITA JOHOR INTAI PINGAT EMAS

  Pasukan sofbol wanita Johor berjaya menempah slot ke perlawanan akhir temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 selepas menewaskan Negeri Sembilan 14-3 di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau, Miri.   Persembahan cemerlang Johor terserlah apabila berjaya mengutip enam mata di innings pertama, tujuh mata di innings kedua dan satu mata di innings ketiga […]

JOHOR PERSIAP GENERASI MUDA JAYAKAN AGENDA KELESTARIAN

  Kerajaan Johor terus memperkasa agenda kelestarian dengan menjadikan Forum Kemampanan Belia 2024 (YSF 2024) sebagai medan meningkatkan kesedaran dan menggalakkan tindakan proaktif terhadap isu kemampanan dalam kalangan belia.   Penganjuran YSF 2024 di Johor juga menterjemah usaha Kerajaan Negeri bagi merangka hala tuju jelas mendepani isu perubahan iklim tanpa melupakan peranan signifikan dimainkan golongan […]

JOHOR TERIMA PELABURAN PERANTI PERUBATAN BERNILAI RM1 BILION

  Insulet Corporation, syarikat peneraju global dalam teknologi pengurusan diabetes merealisasikan pembangunan fasiliti pembuatan baharu dinamakan Omnipod 5 di Kawasan Perindustrian SiLC, Iskandar Puteri sekali gus menandakan satu pencapaian besar bagi syarikat tersebut dan juga bagi sektor peranti perubatan yang semakin berkembang.   Melibatkan nilai pelaburan berjumlah RM1 bilion atau AS$200 juta, pembinaan fasiliti Insulet […]

TERUS KEKALKAN KEHARMONIAN BANGSA JOHOR

  Kerajaan Negeri menyeru setiap lapisan masyarakat terutama Bangsa Johor terus mengekalkan nilai harmoni yang telah lama dibina oleh generasi terdahulu di negeri ini.   Keharmonian itu perlu diterapkan oleh pengguna media sosial dengan menjadikan platform tersebut sebagai medan menyebarkan mesej-mesej positif yang dapat menyemarakkan semangat perpaduan.   Ia secara tidak langsung berupaya mengekang ancaman […]

TERIMA KASIH JDT UNTUK PENGALAMAN BERHARGA

  Cabaran Malaysian University Football Team (MUFT) dalam saingan Piala FA 2024/25 berakhir dengan penuh bermakna meskipun tewas agregat besar kepada penyandang juara, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di peringkat suku akhir.   Wakil tunggal Liga A1 Semi-Pro Kejuaraan MBSB Bank 2024/2025 tumpas 5-0 pada suku akhir pertama minggu lalu dan 8-0 suku akhir […]

JDT ‘JUNJUNG’ KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

  Sejak Kod Undang-Undang Hammurabi diperkenalkan oleh pemerintah di negeri Babylon pada 1772 sebelum masihi (SM), kehidupan manusia mula ditentukan oleh satu peraturan yang bukan sahaja mengawal tingkah laku tetapi juga menjadi pegangan, etika dan juga gaya hidup pada waktu itu, sekali gus membina ketamadunan negara bangsa yang unggul.   Sejajar dengan perkembangan semasa, undang-undang […]