Tag Archive for: Keluarga

MBPG ANJUR PEKA

  PASIR GUDANG — Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) baru-baru ini telah menganjurkan program Ceramah Kesedaran Keselamatan Keluarga dan Anak. Program anjuran Bahagian Pembangunan Masyarakat MBPG itu disertai 52 peserta yang terdiri daripada wakil penduduk komuniti sekitar kawasan Pasir Gudang. Dalam kenyataan di laman Facebook rasminya […]

DUA PPS DI KOTA TINGGI DITUTUP JAM 1 PETANG TADI

  ISKANDAR PUTERI — Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kota Tinggi ditutup jam 1 petang tadi. PPS tersebut adalah Dewan Kampung Baru Sungai dan Dewan Muafakat Bandar Penawar. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah memaklumkan setakat jam 1 petang tadi, hanya dua daerah iaitu Segamat dan Mersing masih terjejas dengan banjir. PPS Balairaya Kampung Batu Badak, […]

MANGSA BANJIR KOTA TINGGI BERTAMBAH

  ISKANDAR PUTERI — Jumlah mangsa banjir di Kota Tinggi menunjukkan peningkatan dengan pertambahan sembilan keluarga dan 19 penduduk di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Muafakat Bandar Penawar. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam laporan setakat jam 4 petang tadi, sebanyak 20 keluarga terdiri 61 penduduk dari Taman Desaru Utama, Bandar Penawar telah ditempatkan di PPS […]

SITUASI BANJIR DI SEGAMAT TIDAK BERUBAH

  ISKANDAR PUTERI — Perkembangan situasi banjir di Negeri Johor menunjukkan trend tidak berubah dengan hanya dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Segamat. Kedua-dua PPS tersebut merupakan Balairaya Kampung Batu Badak dan Balairaya Kampung Kuala Paya. Jawatankuasa Pengurusan Bencana dalam laporan setakat jam 8 pagi tadi, memaklumkan keseluruhan 15 keluarga terdiri daripada 51 penduduk […]

BAJET RM4.94 JUTA BAGI PENGUKUHAN KELUARGA DAN PEMERKASAAN WANITA

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri sentiasa mengambil peduli akan kesejahteraan keluarga dengan menawarkan pelbagai program dan aktiviti intervensi membabitkan wanita dan keluarga dengan membabitkan peruntukan RM4.94 juta. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata muktahir ini keluarga dan komuniti menghadapi pelbagai cabaran psikososial dan pengukuhan keluarga dan pemerkasaan wanita perlu dilaksanakan sewajarnya. “Pertama […]

TANGKAK DAERAH TERBARU DILANDA BANJIR

  ISKANDAR PUTERI — Sebanyak 107 keluarga terdiri daripada 453 mangsa terjejas berikutan kejadian banjir melanda lima daerah di Negeri Johor. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam satu laporan setakat jam 2 petang tadi, memberitahu daerah yang terjejas adalah Segamat, Kulai, Kluang, Pontian dan Tangkak. Keseluruhan, sebanyak lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka dan beroperasi […]