Tag Archive for: Negeri Johor

PROJEK SDE, PLUS BAKAL RANCAKKAN EKONOMI JOHOR

  Projek menaik taraf Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Senai Desaru (SDE) yang dijangka akan bermula pada hujung bulan ini bakal ‘menjadi serampang dua mata’ apabila bakal memberi impak positif bukan sahaja kepada ekonomi Malaysia, tetapi juga pembangunan iktisad Negeri Johor itu sendiri.   Keyakinan itu disuarakan oleh Dr. Safizahanin Mokhtar, Pensyarah Kanan […]

BERSATU HATI DEMI JOHOR

  Telunjuk lurus, kelingking berkait. Itu sudah menjadi lumrah dunia, apabila kita berada di atas, pasti akan ada ‘tangan-tangan’ mula mengait dan sentiasa ingin menarik semula ke bawah.   Asasnya bermula dari tahun 2013 lagi dan sehingga ke hari ini, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melalui pelbagai pengalaman. Sebuah kelab yang mempunyai misi […]

KURSUS KYPJ AKAN DIKAJI SEMULA

  Kerajaan Negeri sedia mengkaji semula kursus-kursus yang ditawarkan di Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan sebagai persediaan bagi menjayakan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).   Bagi tujuan tersebut, kursus yang relevan dengan pasaran pekerjaan dan mempunyai permintaan tinggi dalam kalangan pelajar akan dikekalkan atau ditambah sekiranya belum pernah ditawarkan sebelum […]

EQUINIX REALISASI PELABURAN DI JOHOR

  Equinix Inc. (Equinix), syarikat infrastruktur digital dunia tersenarai di Nasdaq, merealisasikan pembangunan pusat data International Business Exchange (IBX) baharu dinamakan JH1 di Taman Teknologi Nusajaya sekali gus meletakkan Negeri Johor sebagai destinasi pilihan pelaburan.   Melibatkan nilai pelaburan berjumlah AS$40 juta, pusat data IBX bertaraf dunia seluas 1,800 meter persegi itu akan menarik seterusnya […]

HADIAH ISTIMEWA BUAT IBU BAPA

  Tiada yang lebih istimewa buat Sofea Aleisha See Muhammad Daniel See, 18, apabila menghadiahkan keputusan cemerlang meraih ‘straight A+’ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 kepada kedua ibu bapa sebagai menghargai pengorbanan terhadap dirinya.   Malah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim yang merupakan salah seorang daripada 20 calon di Negeri Johor […]

KEPESATAN PEMBANGUNAN LONJAK KUALITI PENDIDIKAN SETEMPAT

  Pembangunan di Iskandar Puteri terutama sekitar Kota Iskandar yang terletaknya pusat pentadbiran Negeri Johor berlaku pesat dengan terbinanya pusat komersial dan perniagaan, taman tema rekreasi, kawasan perumahan moden serta institusi pendidikan ternama dan bertaraf antarabangsa.   Kepesatan pembangunan Iskandar Puteri tidak menenggelamkan persekitaran dan potensi Kampung Sungai Melayu yang terkenal dengan keindahan alam semula […]

PERNAH GAGAL BUKAN ALASAN BERHENTI MENJADI PENTERNAK

  Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak, itulah yang dapat digambarkan mengenai semangat perjuangan dua sahabat usahawan ternak yang tidak pernah kenal erti putus asa walaupun satu ketika perniagaan mereka hampir jatuh disebabkan oleh faktor tertentu.   Itulah teladan yang ditunjukkan Borhanuddin Samsudin, 32 dan Muhammad Firdaus Marju, 40 yang tetap mencekalkan diri mereka dalam […]

NGAUMAN ‘BOS’ GERUNKAN LAWAN

  Setiap kali menjejakkan kaki ke gelanggang keramat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), tidak dapat tidak, mata penyokong yang hadir ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pasti akan melirik kepada kelibat sekumpulan anak muda yang menamakan diri mereka sebagai ‘Boys Of Straits’ atau lebih mesra dengan jolokan BOS.   Menjadikan teres ‘Curva Nord’ SSI sebagai […]

SPAGETI SELERA LOKAL TARUHAN CEF MUDA

  Usia muda tidak menghalang seorang peserta muda, Arief Hayqal Abdullah, 19, untuk berentap bersama peserta tempatan dan antarabangsa lain dalam Kejohanan Cef Dunia Malaysia 2024 yang berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.   Pelajar Kolej Vokasional Langkawi yang tampil buat kali kedua dalam pertandingan berkenaan selepas tahun lalu, kembali dengan […]

PROJEK RTB DIJANGKA SIAP LEBIH AWAL

  Tiga daripada tujuh projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Negeri Johor melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.64 bilion telah bermula dan dijangka dapat disiapkan lebih awal berbanding tarikh asal.   Hasil turun padang dan perbincangan bersama pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), perunding dan kontraktor, jangkaan siap projek RTB Bandar Batu Pahat diawalkan ke Disember […]