Tag Archive for: Onn Hafiz Ghazi

SISTEM GILIRAN PINTAR HSAJB DILAKSANA JULAI INI

  #JohorBahru – Sistem Giliran Pintar (SQS) bakal dilaksanakan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) untuk menyelaras janji temu dan pengurusan giliran pesakit luar di Poliklinik Pakar bermula 1 Julai ini.   Melibatkan peruntukan RM1 juta dalam Belanjawan Johor 2024, sistem itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 57,000 pesakit setiap bulan dan mengurangkan kesesakan […]

PENDEKATAN INKLUSIF TINGKATKAN MUTU PERKHIDMATAN HSAJB

  #JohorBahru – Kerajaan Negeri terus memperkukuh pendekatan ‘whole-of-government’ dalam meningkatkan perkhidmatan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB), antara fasiliti kesihatan tersibuk di Malaysia.   Pendekatan itu melibatkan kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan, badan bukan kerajaan (NGO), swasta dan agensi sokongan lain bagi memastikan usaha untuk menaik taraf infrastruktur serta sistem perkhidmatan […]

242 UNIT RESIDENSI BANGSA JOHOR DIBINA DI PARIT JAWA

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor supaya lebih banyak rumah mampu milik dibina di seluruh negeri ini, termasuk inisiatif terbaharu iaitu Residensi Bangsa Johor di Parit Jawa, Muar.   Projek pembangunan yang merupakan sebahagian inisiatif dalam menyediakan rumah mampu milik untuk Bangsa Johor itu […]

KERAJAAN JOHOR SASAR PEMBINAAN 100,000 RUMAH MAMPU MILIK MENJELANG 2030

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri terus komited dan agresif dalam menyediakan kemudahan perumahan mampu milik untuk Bangsa Johor menerusi pelbagai langkah praktikal dan proaktif.   Antara usaha yang sedang digerakkan bagi menjayakan aspirasi ini termasuk mengenal pasti tanah-tanah milik kerajaan yang berpotensi untuk dimajukan, antaranya tanah milik Kerajaan Persekutuan di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia […]

KOMITMEN BERTERUSAN MELAHIRKAN PEGAWAI TADBIR CEMERLANG

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri menjunjung tinggi titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor untuk melihat lebih ramai Pegawai Tadbir Negeri Johor (JCS) memiliki standard profesional dengan menghantar dua lagi pegawai menyertai program pembangunan kompetensi di peringkat antarabangsa.   Inisiatif yang menyokong hasrat YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor […]

GAJI PREMIUM, KEMAHIRAN BAKAT TEMPATAN AGENDA UTAMA KERAJAAN JOHOR

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri akan terus memberi tumpuan terhadap agenda menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan bergaji premium serta usaha pembangunan kemahiran belia tempatan sebagai antara strategi utama dalam menarik pelaburan berkualiti tinggi ke negeri ini.   Bagi memenuhi keperluan ini, Kerajaan Johor menerusi Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) kini giat menjalinkan kerjasama dengan pihak […]

MENTERI BESAR SANTUNI JEMAAH HAJI ROMBONGAN KERAJAAN JOHOR

  #Kulai – Seramai 142 jemaah haji menjadi kumpulan kedua daripada Rombongan Kerajaan Johor (RKJ), hari ini berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) bagi menunaikan ibadah haji untuk musim 1446H/2025.   Mereka terdiri daripada seramai 3,802 jemaah haji dari Johor, termasuk 500 daripadanya adalah jemaah RKJ yang merangkumi golongan pesara dan penjawat awam. Kesemua […]

ECERDC TARIK PELABURAN RM2.6 BILION KE SEGAMAT DAN MERSING

  #IskandarPuteri – Daerah Segamat dan Mersing terus mencuri tumpuan pelabur apabila berjaya menarik pelaburan komited berjumlah RM2.6 bilion dalam suku pertama tahun ini menerusi pembangunan strategik sektor pembuatan, tenaga boleh diperbaharui, pertanian dan pelancongan.   Pembangunan yang dipacu oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) ini tertumpu dalam menjadikan Segamat dan Mersing sebagai […]

IMFC-J BERJAYA TARIK MINAT 250 PELABUR

  #JohorBahru – Pembukaan Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia di Johor (IMFC-J) dua bulan lalu, berjaya menarik minat 250 pelabur dari dalam mahupun luar negara setakat 31 Mac lalu. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 38 syarikat berpotensi untuk membuat pelaburan komited dianggarkan bernilai RM19 bilion dengan 32 daripadanya merupakan pelabur asing dari Singapura, China dan Korea Selatan manakala […]

TINDAKAN PROAKTIF KERAJAAN JOHOR DIPUJI

  #Kulai – Tindakan pantas dan responsif Kerajaan Negeri dalam menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Bencana Banjir Monsun Timur Laut (MTL) Gelombang Kelima berjumlah RM11.2 juta bagi meringankan beban mangsa di enam daerah termasuk Kulai dan Pontian mendapat pujian.   Bagi Hafizan Abdul Wahab, 45, dari Kampung Melayu Bukit Batu, Kulai menzahirkan kesyukuran dengan bantuan kecemasan […]