KKM SASAR PENINGKATAN PENDERMAAN DARAH MENJELANG 2030
JOHOR BAHRU — Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Perkhidmatan Perubatan Transfusi Kebangsaan menyasarkan peningkatan kadar pendermaan darah antara 35 hingga 40 penderma bagi 1,000 orang penduduk menjelang tahun 2030. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, sasaran berkenaan untuk memenuhi keperluan perawatan pesakit seiring dengan kadar pertumbuhan tahunan penduduk di negara ini. […]