Tag Archive for: tambak johor

KERAJAAN JOHOR CADANG TAMBAH LOKASI PERKHIDMATAN TEKSI RENTAS SEMPADAN

  #Kluang – Kerajaan Negeri sedang merangka cadangan penambahan beberapa lokasi untuk mengambil dan menurunkan penumpang bagi perkhidmatan teksi rentas sempadan antara Malaysia dan Singapura.   Usaha tersebut bertujuan untuk meningkatkan fleksibiliti serta keselesaan pengguna perkhidmatan tersebut memandangkan teksi atau kenderaan berlesen ‘sewa dan pandu’ dari Malaysia hanya dibenarkan menurunkan penumpang di Rochor Road, Singapura, […]

KOMPLEKS ICQ SIAP, PROJEK RTS LINK LANCAR IKUT JADUAL

  #IskandarPuteri – Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link melakar peristiwa penting apabila komponen projek berimpak tinggi berkenaan melibatkan struktur Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (ICQ) di Bukit Chagar, Johor Bahru siap sepenuhnya.   Dengan terlaksananya ‘topping out’ bagi kompleks ICQ, projek menghubungkan Johor Bahru dan Woodlands, Singapura itu kini melangkah ke peringkat seterusnya iaitu […]

PEMASANGAN LANDASAN DEPOH WADI HANA KINI 65 PERATUS

  #JohorBahru — Kerja pembinaan bagi projek Sistem Rapid Transit (RTS Link) yang bakal menghubungkan Johor Bahru dan Singapura berjalan lancar dan mengikut perancangan jadual yang ditetapkan dengan pemasangan trek landasan di Depoh Wadi Hana kini mencapai tahap kemajuan lebih 65 peratus.   Kerja pemasangan berkenaan dilaksanakan oleh RTS Operations Sdn. Bhd (RTSO) mengikut jadual […]

PERSEKUTUAN SOKONG PEMBINAAN E-ART JOHOR BAHRU

  #JohorBahru – Kementerian Pengangkutan (MOT) bersetuju untuk membangunkan sistem pengangkutan Aliran Transit Automasi Bertingkat (E-ART) di bandar raya Johor Bahru bagi menyokong perkhidmatan Sistem Rapid Transit (RTS) Link Johor Bahru-Singapura.   Perancangan mengenai pembinaan sistem E-ART sudah dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet pada Disember lalu, manakala Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) pula akan mengeluarkan Notis […]

GEMILANG 100 TAHUN TAMBAK JOHOR

  Sambutan 100 Tahun Tambak Johor diraikan dengan penuh bermakna sebagai memperingati lakaran bersejarah peristiwa perasmian struktur binaan ikonik seabad yang lalu serta hubungan akrab antara Malaysia khususnya Negeri Johor dan Singapura, hari ini.   Lebih istimewa, sambutan telah diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang berkenan untuk […]

IKHTIAR KERAJAAN NEGERI DEMI RAKYAT

  Menterjemahkan sebuah pentadbiran bersifat pro-rakyat, Kerajaan Negeri terus komited menyelesaikan kesesakan di Tambak Johor menerusi pelbagai tindakan yang ‘hands-on’ agar isu legasi menghimpit kira-kira 300,000 pengembara dari Johor mahupun Singapura berulang alik setiap hari dapat dikurangkan.   Komitmen menyurai aliran trafik di pintu sempadan antara yang tersibuk di dunia ini bukanlah sekadar retorik, sebaliknya […]

CITRA HUBUNGAN JOHOR – SINGAPURA

  Persahabatan antara Johor dan Singapura sejak dahulu lagi telah menggambarkan hubungan unik serta istimewa sedia terjalin yang bersifat ‘compliment each other’. Dari segi sejarah, Johor bukanlah ‘backyard’ kepada Singapura bahkan jauh sekali bersaing dengan negara jiran.   Ini kerana Johor terutama Johor Bahru sebenarnya telah pesat membangun dan muncul sebagai sebuah bandar pusat perdagangan […]

‘KOSWEY’ BUKAN SEKADAR TAMBAK

  Suatu ketika dahulu Tambak Johor atau dikenali dengan ‘Causeway’ hanya sekadar dilihat sebagai sambungan darat pertama merentasi Selat Johor menghubungkan Malaysia dan Singapura.   Kini, Tambak Johor merupakan struktur penting yang menjadi nadi penghubung dan perdagangan antara dua negara malah merupakan pintu sempadan Malaysia di Johor antara yang tersibuk di dunia.   Struktur binaan […]

KERJASAMA ERAT TANGANI KESESAKAN DI TAMBAK JOHOR

  Kerajaan Negeri menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas kerjasama erat bagi bersama menangani isu kesesakan pintu sempadan negara iaitu Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) demi melancarkan pergerakan dua hala melibatkan Johor-Singapura.   Penghargaan tersebut diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof bersama pelbagai kementerian dan agensi Kerajaan Persekutuan susulan komitmen […]

JOHOR, SINGAPURA KOMITED ATASI KESESAKAN DI PINTU SEMPADAN

  ISKANDAR PUTERI –– Usaha Kerajaan Negeri Johor dalam mengurangkan kesesakan di Tambak Johor juga mendapat reaksi yang positif daripada Kerajaan Singapura.   Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata Singapura juga bersedia untuk turut sama membantu dengan beberapa tindakan proaktif bagi mengurangkan kesesakan di pintu sempadan antara yang tersibuk di dunia itu.   “Antara […]