TAMAN NEGARA JOHOR ENDAU-ROMPIN DIISYTIHAR TAMAN WARISAN ASEAN
ISKANDAR PUTERI — Taman Negara Johor Endau-Rompin menerima pengiktirafan antarabangsa selepas diisytiharkan sebagai Taman Warisan ASEAN (AHP), semalam.
Pengiktirafan itu diterima pada Persidangan Taman Warisan ASEAN Ke-7 yang berlangsung selama empat hari, di Bogor, Indonesia.
Hadir menerima pengiktirafan tersebut adalah Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor, Taufik Bahar. Kejayaan itu dikongsikan oleh pemilik Facebook Johor Parks Johor.
Persidangan Taman Warisan ASEAN Ke-7 kali ini dianjurkan oleh Kerajaan Republik Indonesia bermula 31 Oktober hingga 3 November 2022.
Penganjuran persidangan setiap tiga tahun itu bertujuan untuk memperkukuhkan rangkaian Taman-Taman Warisan ASEAN di rantau ASEAN.
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor