TAMAN NEGARA JOHOR PULAU KUKUP KEMBALI BEROPERASI JANUARI 2024
Taman Negara Johor Pulau Kukup yang ditutup sejak 2 November 2021, dijangka akan dibuka semula kepada orang ramai pada Januari 2024.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar memaklumkan kerja-kerja baik pulih pelantar dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) kini di peringkat akhir.
Kerajaan Johor melalui Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) sudah merangka pelbagai program bagi menarik lebih ramai pelancong ke Taman Negara Johor Pulau Kukup dan Taman Negara Johor Tanjung Piai.
PTNJ juga akan menganjurkan program berimpak tinggi seperti World Wetland Day, Clean Up, Migratory Bird dan Karnival Hujung Benua serta pelbagai pakej bakal disediakan meliputi aktiviti konservasi penanaman pokok bakau dan pembersihan kawasan hutan bakau dengan penglibatan komuniti setempat.
Belanjawan Johor 2024 dibentangkan Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi pada minggu lalu, telah mengumumkan tahun 2026 sebagai Tahun Melawat Johor dengan menyasarkan kedatangan seramai 12 juta pelancong ke negeri ini.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor