TAMAN PERINDUSTRIAN TROPICANA PEMANGKIN EKONOMI PONTIAN


Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han memaklumkan Taman Perindustrian Tropicana akan dibangunkan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi di daerah Pontian. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Taman Perindustrian Tropicana atau T Industrial Park seluas 1,188 ekar dibangunkan Tropicana Corporation dijangka mampu merangsang pertumbuhan ekonomi di daerah Pontian.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han ketika menjawab soalan Dato’ Jefridin Atan (Ahli Dewan Negeri Kukup) memaklumkan kawasan perindustrian terancang yang dibangunkan mengikuti lapan fasa itu memfokuskan kepada industri ringan dan sederhana.

 

Antara sektor adalah elektrikal dan elektronik, farmaseutikal, logistik, pemprosesan makanan dan teknologi berkaitan tenaga boleh diperbaharui (RE).

 

Pembekal global peralatan pengguna dan komersial perkakas dan penjagaan lantai berpangkalan di Amerika Syarikat dan China, Alton Industri Ltd. Group antara pelabur di taman perindustrian itu selain beberapa syarikat lain yang sedang berbincang mengenai kebolehlaksanaan projek di T Industrial Park.

 

Justeru, kewujudan T Industrial Park memberikan kesan positif yang memberikan limpahan manfaat kepada persekitarannya termasuklah penduduk dalam aspek peluang pekerjaan dan pendapatan.

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor