TANGKAK DAERAH TERBARU BANJIR, SATU PPS DIBUKA


Tangkak menjadi daerah terbaru dilanda banjir dengan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

 

ISKANDAR PUTERI — Tangkak menjadi daerah terbaru dilanda banjir dengan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan tiga keluarga terdiri 15 penduduk.

 

PPS tersebut yang dibuka jam 6 pagi tadi merupakan Balairaya Kampung Durian Chondong yang menempatkan mangsa banjir dari Kampung Pengkalan Kota.

 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam laporan jam 8 pagi memaklumkan, keseluruhan lapan daerah di negeri ini dilaporkan dilanda banjir.

 

Setakat ini, sebanyak 1,331 keluarga terdiri 4,868 penduduk ditempatkan di 50 PPS yang dibuka di semua daerah yang terjejas.

 

Daerah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi merekodkan 11 PPS beroperasi bagi memberikan perlindungan kepada mangsa banjir diikuti Kluang (7), Batu Pahat (6), Muar (2), Tangkak dan Pontian (1).

 

Setakat ini empat sub-lembangan menunjukkan aras air di tahap Bahaya iaitu Sungai Muar di muara Sungai Gemas, Sungai Lenik di Ladang Chaah, Sungai Kahang di Kampung Contoh dan Sungai Endau.

 

Manakala enam sub-lembangan di aras Amaran iaitu Sungai Muar di Kampung Awat, Sungai Muar di Buloh Kasap, Sungai Muar, Sungai Bekok, Sungai Sembrong di Empangan Sembrong dan Sungai Johor.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor