TEATER MUZIKAL KANAK-KANAK PUTERA GUNUNG PANTI TERIMA SAMBUTAN LUAR BIASA


Antara persembahan babak Teater Muzikal Kanak-Kanak Putera Gunung Panti (TMKKPGP) yang dipentaskan semalam | Sumber Yayasan Warisan Johor

 

ISKANDAR PUTERI — Pementasan hari pertama Teater Muzikal Kanak-Kanak Putera Gunung Panti (TMKKPGP) menerima sambutan luar biasa daripada orang ramai yang menyaksikan persembahan bertenaga Artis Budaya Yayasan Warisan Johor (YWJ) dengan Kelab Tarian, Warisan dan Teater (SETARI), semalam.

TMKKPGP yang dipentaskan selama tiga hari di Dewan Utama, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar bermula semalam hingga esok, telah berjaya membuat pementasan sulung jam 8.30 malam semalam.

Sinopsis teater muzikal ini menceritakan tentang kehidupan seorang Putera Muda yang mempunyai impian besar untuk mengubah kehidupannya bersama Permaisuri Tua dan Mak Dayang.

Setelah mengizinkan anakandanya Putera Muda untuk berhijrah, maka tinggallah Permaisuri Tua bersama Mak Dayang di pondok usang menantikan kepulangan Putera Muda.

Dengan bakat serta kebolehan Putera Muda dalam berdagang dan mengendalikan kapal, Putera Muda menjadi kesenangan ramai sehingga dapat menambat hati kalangan pedagang, bangsawan dan pembesar istana.

Dikurniakan wajah yang tampan, Putera Muda berjaya mencuri perhatian Puteri Sri Delima, dan setelah Paduka Raja menyatukan puterinya dengan Putera Muda, beliau terkenal sebagai Putera Kerajaan yang hebat dalam pelayaran.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut pelayaran Putera Muda bersama Puteri Sri Delima, dapatkan tiket pementasan TMKKPGP secara dalam talian menerusi https://store.ywj.gov.my/event-ticket atau secara manual di lobi Dewan Utama, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor