TEATER TITIS, BATTLE OF ENDAU IMBAU MEMORI PERANG MALAYA


Barisan pelakon teater Titis, Battle of Endau dengan penampilan khas pelakon, Azizah Mahzan. | Foto Yayasan Warisan Johor

 

Yayasan Warisan Johor (YWJ) buat julung kalinya menganjurkan pementasan teater Titis, Battle of Endau arahan dan olahan skrip karya oleh Hariry Jalil di Dewan Utama, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Yayasan Warisan Johor pada 23 Februari dan 24 Februari 2024.

 

Pementasan teater moden selama dua jam dengan penampilan khas pelakon wanita, Azizah Mahzan itu bertemakan cerita fiksyen sejarah dipetik daripada peristiwa Battle of Endau yang merupakan sebahagian daripada perang Malaya sewaktu perang dunia kedua sekitar tahun 1941-1945.

 

Tiket pementasan teater boleh didapati secara atas talian menerusi YWJ Online Store pada harga RM25 (Perak) dan RM35 (Emas) yang dijual sejak 1 Februari lalu. Bagi ‘early bird’ bermula 1 hingga 7 Februari 2024, potongan harga sebanyak RM10 iaitu RM15 (Perak) dan RM25 (Emas).

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor