KEHARMONIAN BANGSA JOHOR TERUS JADI KEUTAMAAN KERAJAAN NEGERI


Kerajaan Negeri mengambil inisiatif menubuhkan Jawatankuasa Harmoni Peringkat Negeri Johor pada November tahun lalu. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Kerajaan Negeri akan terus komited untuk menjadikan Keharmonian Bangsa Johor sebagai antara agenda utama selari dengan konsep Muafakat Bangsa Johor yang telah diterapkan di negeri ini sejak sekian lama.

 

YB Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, memaklumkan satu Jawatankuasa Harmoni Peringkat Negeri Johor telah ditubuhkan pada November tahun lalu yang dilihat dapat membantu Kerajaan Negeri terutama berkaitan dengan isu keharmonian dalam kalangan Bangsa Johor.

 

Selain itu, melalui jawatankuasa tersebut, Kerajaan Negeri menerusi pembentangan Belanjawan Johor 2024 juga telah memberikan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi menggerakkan pelbagai inisiatif dan program tahunan yang akan melibatkan semua kaum di negeri ini.

 

Terdahulu, Tian Soon hadir merasmikan Program Sambutan Minggu Keharmonian Antara Agama Sedunia Peringkat Negeri Johor, hari ini. Program yang disambut secara tahunan itu turut membabitkan lima lokasi rumah ibadat yang terdapat di sekitar Bandaraya Johor Bahru.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor