TERUSKAN AKTIVITI MUSNAH TEMPAT PEMBIAKAN AEDES


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon memaklumkan daerah yang melaporkan peningkatan kes iaitu Johor Bahru, Kulai dan Muar selain 37 lokaliti wabak baru dilaporkan di negeri ini. | Foto ihsan FB AH SOON

 

Sebanyak 242 kes demam denggi telah dilaporkan pada minggu Epid ke-43/2023 yang menyaksikan peningkatan 15.8 peratus berbanding minggu sebelumnya.

 

Daripada jumlah tersebut, daerah Johor Bahru menyumbang sebanyak 193 kes diikuti Kulai (20), Kota Tinggi (7), Kluang dan Segamat (5), Muar dan Batu Pahat (4), Pontian (3) dan Tangkak (1) manakala tiada kes dilaporkan di Mersing.

 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon memaklumkan daerah yang melaporkan peningkatan kes iaitu Johor Bahru, Kulai dan Muar selain 37 lokaliti wabak baru dilaporkan di negeri ini.

 

Meskipun tiada kematian dilaporkan pada Minggu Epid 43/2023, orang ramai dinasihatkan untuk terus melakukan aktiviti pemusnahan tempatan pembiakan di dalam dan di luar rumah.

 

Selain itu, sebanyak 4,759 kompaun bernilai RM2.3 juta telah ditawarkan di mana sebanyak 63.9 peratus sudah membayar kompaun tersebut.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor