BERSARA SELEPAS 31 TAHUN BERKHIDMAT


Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), YB Dato’ Haji Mohd Noh Ibrahim ketika ditemui Media Digital Johor, hari ini. | Foto MDJ: Wira Anggara

 

Selepas lebih tiga dekad menabur bakti, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), YB Dato’ Haji Mohd Noh Ibrahim menamatkan perkhidmatan bersama Kerajaan Negeri Johor berkuat kuasa 31 Oktober 2023.

 

Beliau memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam pada 1 Mac 1992 dan pernah menjawat pelbagai jawatan di 15 jabatan yang berbeza sepanjang 31 tahun perkhidmatannya.

 

Antara kenangan manis yang sukar dilupakan sepanjang perkhidmatannya adalah menerima kurniaan Darjah Kebesaran daripada DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang membawa gelaran Dato’ selain diberikan kepercayaan dilantik dalam gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C.

 

 

Beliau menyemak kembali buku Pegawai Tadbir Kerajaan Negeri Johor. | Foto MDJ: Wira Anggara

 

YB Dato’ Haji Mohd Noh Ibrahim turut menitipkan pesanan kepada warga perkhidmatan awam Negeri Johor agar sentiasa ikhlas dan memberikan khidmat yang terbaik demi kemajuan negeri.

 

Terdahulu, beliau diraikan dalam Majlis Sanjungan Budi, Sejambak Kasih di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad dan menyempurnakan ‘Clock-Out’ terakhir serta menerima lambaian perpisahan daripada warga perkhidmatan awam.

 

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani; Pegawai Kewangan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Salehuddin Hassan serta Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Johor.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor