TMJ JANJI TERUS BELI PEMAIN HEBAT DALAM NEGARA


Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menerusi InstaStory dimuat naik, semalam, berjanji akan terus membeli pemain hebat dalam negara | Sumber Facebook JOHOR Southern Tigers.

 

ISKANDAR PUTERI — Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim berjanji akan terus membeli pemain hebat dalam negara untuk menyertai Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

 

Baginda Tunku yang juga pemilik JDT bertitah memaklumkan hanya akan melepaskan pemain menyarung jersi kebangsaan untuk pertandingan dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

 

“Hari ini saya berjanji akan terus beli pemain pemain hebat dalam negara, dan hanya lepaskan mereka untuk ‘join’ pasukan kebangsaan dalam ‘calendar’ FIFA sahaja,” titahnya menerusi InstaStory, semalam.

 

Tunku Ismail bertitah, ramai yang ‘bising’ pada setiap tahun, namun masih tidak belajar sejak 10 tahun lalu seterusnya tidak boleh menerima kejayaan JDT.

 

“Tetapi hanya segelintir sahaja bermain bunga api setiap tahun. Betapa untungnya keluarga JDT. Setiap tahun ada perkembangan, setiap tahun Allah kurniakan kejayaan.

 

“Yang penting sentiasa ada perkembangan dan, anda tak kena ‘Scam’ setiap tahun dengan pemimpin ‘club’ anda,” titahnya.

 

Baginda Tunku turut bertitah mengingatkan mengenai penglibatan pemain JDT dalam membantu pasukan kebangsaan untuk layak ke Piala Asia 2023.

 

“Piala AFF ada yang tak berakal bising, agaknya dia lupa Malaysia ‘qualified Asian Cup’ pemain JDT yang berhempas pulas.

 

“Oleh demikian, sama macam ‘statement’ saya dahulu yang saya akan terus membunuh bola sepak Malaysia,” titahnya.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor