TOURISM JOHOR TERIMA ANUGERAH, PENGIKTIRAFAN TERTINGGI DAN BERPRESTIJ


Pengarah Tourism Johor, Suhairi Hashim menerima anugerah daripada h Pengerusi Tourism Malaysia, Tan Sri Dr. Ong Hong Peng | Sumber Facebook Tourism Johor

 

ISKANDAR PUTERI — Tourism Johor meraih anugerah dan pengiktirafan membanggakan sempena Majlis Anugerah Malaysia Tourism Council Gold Awards Kali Ke-6 di Kuching, Sarawak, Sabtu lalu.

Pada majlis tersebut, Majestic Johor Festival (MJF) diiktiraf sebagai Acara Penganjuran Pelancongan Negeri Terbaik di dalam Malaysia bagi tahun 2022.

Selain itu, Tourism Johor juga meraih dua anugerah tertinggi dan berprestij pada majlis tersebut, iaitu Gold Award Tourism Apps bagi Aplikasi Johor Tourism Interchange (JTI) dan Gold Award Attractive State Tourism Event bagi Majestic Johor (MJF) 2022.

Kesemua pengiktirafan dan anugerah tersebut disampaikan oleh Pengerusi Tourism Malaysia, Tan Sri Dr. Ong Hong Peng kepada Pengarah Tourism Johor, Suhairi Hashim.

Tourism Johor menerusi posting dimuatnaik dalam Facebook rasminya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi atas segala bantuan serta sokongan kepada industri pelancongan Johor.

Disamping itu, Tourism Johor turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar atas usaha proaktif membangunkan industri.

Sementara itu, Raven turut mengucapkan tahniah kepada warga Tourism Johor atas kejayaan yang diraih sekali gus berharap pengiktirafan diterima akan dapat meningkatkan lagi industri pelancongan negeri ini.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor