JOM MERIAHKAN FESTIVAL PESONAL YPKDT 25 TAHUN PADA HUJUNG MINGGU INI


Poster Festival Pesona YPKDT 25 Tahun (FEST 25) yang bakal diadakan selama tiga hari di Kompleks Sukan EduCity, hujung minggu ini | Sumber Facebook YPKDT

 

ISKANDAR PUTERI — Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) bakal menganjurkan Festival Pesona YPKDT 25 Tahun (FEST 25) di Kompleks Sukan EduCity, Iskandar Puteri, di sini, pada 28 hingga 30 Oktober ini.

Pelbagai aktiviti dan acara menarik diadakan antaranya gerai pameran, Malam YPKDT Berselawat, Anugerah Pesona Wanita, dan jangan ketinggalan ke Konsert Pesona YPKDT 25 Tahun’ persembahan oleh Ernie Zakri, Syamel, Zarul Umbrella, Indie band seperti The Pinholes, Late Night Frequency serta Azharina Azhar.

Selain itu, bagi penggemar kopi, FEST 25 menghimpunkan barista-barista kopi dan menyajikan menu viral street food selain himpunan lebih daripada 40 booth Insta Bazaar, Bazar@Suri Johor termasuklah Booth Selebriti Mia Ahmad dan Bubble Bee.

Pada masa yang sama, pelbagai aktiviti bakal diadakan antaranya seperti Ukiran Ais Gergasi, Skate Games, Futsal Kick Challenge, Glorious Fun Run, Pertandingan Doodles, Make up Workshop, Car Autoshow, Colourful Fitness Party, Pertandingan Mewarna, Coffee Demo dan Family Fun Ride.

Bagi mereka yang memiliki bakat yang pelbagai, boleh sertai Johor’s Voice Talent, TikTok Challenge, Pertandingan Make-Up, Pertandingan Memasak, Pushbike Challenge dan bermacam-macam lagi pertandingan.

Untuk keterangan lanjut mengenai FEST 25 boleh layari laman Facebook atau Instagram YPKDT.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor