UTM PINDA TIGA SESI MAJLIS KONVOKESYEN KE-66


Universiti Teknologi Malaysia | Sumber Facebook Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

 

ISKANDAR PUTERI — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meminda sesi Majlis Konvokesyen UTM Ke-66 berikutan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dalam satu kenyataan, UTM memaklumkan pindaan itu bagi memberi laluan kepada semua warga universiti, graduan dan ahli keluarga menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Dimaklumkan bahawa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor telah bersetuju meminda sesi Majlis Konvokesyen UTM Ke-66 yang kebetulan jatuh pada 19 November 2022 iaitu pada tarikh PRU-15,” menurut kenyataan tersebut.

Sesi pertama pertama dan kedua pada 8 pagi 19 dan 20 November dipinda kepada 8 pagi dan 2 petang pada 24 November.

Sesi ketiga yang dijadualkan berlangsung pada jam 2 petang 20 November dipinda kepada 8 pagi 25 November, manakala sesi 4 hingga 9 bermula 21 November 23 November adalah kekal.

Tarikh asal Majlis Konvokesyen Ke-66 UTM telah dijadualkan pada 19 hingga 23 November.

“Selaras dengan pindaan ini, graduan adalah dimohon untuk merujuk laman web rasmi MK-66 di pautan www.utm.my/convocation untuk sebarang maklumat terkini.

“Pihak UTM juga memohon maaf kepada graduan atas kesulitan yang timbul dan amat menghargai pertimbangan dan komitmen semua dalam menjayakan majlis konvokesyen kali ini,” katanya.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor