WASPADA PENYAKIT BUAH PINGGANG PEMBUNUH SENYAP


YBrs. Dr. Mohtar Pungut, Pengarah Kesihatan Negeri Johor menyempurnakan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Negeri Johor Tahun 2024 di Sunway Big Box, Iskandar Puteri. | Foto MDJ Imran Razib.

 

Melakukan saringan dengan menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala dan mengamalkan gaya hidup sihat melalui pemakanan seimbang berupaya mengesan dengan lebih awal penyakit serta merupakan langkah praktikal penjagaan buah pinggang, organ penting dalam badan manusia.

 

Antara tanda atau gejala awal penyakit buah pinggang yang dikategorikan sebagai ‘pembunuh senyap’ adalah mengalami masalah bengkak pada bahagian muka dan kaki, tekanan darah yang tinggi dan kesukaran bernafas sekali gus menuntut penghidap untuk segera mendapatkan rawatan serta pemeriksaan lanjut.

 

Setakat tahun 2022, seramai 51,256 rakyat Malaysia menjalani rawatan dialisis akibat masalah kegagalan buah pinggang dengan 52 peratus daripadanya menghidap penyakit kencing manis dan 34 peratus pula mempunyai masalah tekanan darah yang tinggi.

 

Terdahulu, YBrs. Dr. Mohtar Pungut, Pengarah Kesihatan Negeri Johor menyempurnakan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Negeri Johor Tahun 2024 di Sunway Big Box, Iskandar Puteri. Turut hadir, YBrs. Dr. Sal Atan, Pengarah Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor