500 JEMAAH LAKSANA SOLAT HAJAT DI MJBBU SEMALAM


Pengerusi MJBBU, Md Burhanuddin Tibek berkata, pihak jawatankuasa masjid dan keseluruhan kariah menyambut baik saranan pelaksanaan solat hajat itu seperti disyorkan oleh JAINJ. | FOTO MDJ, Syafiq Tayeb

 

JOHOR BAHRU — Masjid Jamek Bandar Baru UDA (MJBBU) menyahut saranan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk mengadakan Solat Hajat selepas Solat Fardu Jumaat, semalam.

 

Difahamkan, kira-kira 500 jemaah menunaikan Solat Hajat tersebut seterusnya bersama bermunajat kepada Allah SWT.

 

Pengerusi MJBBU, Md Burhanuddin Tibek berkata, pihak jawatankuasa masjid dan keseluruhan kariah menyambut baik saranan pelaksanaan solat hajat itu seperti disyorkan oleh JAINJ.

 

“Kita laksanakan ini sebagai salah satu usaha bersama dengan Kerajaan Negeri untuk menjaga keamanan dan kebaikan negeri Johor khususnya dan Malaysia amnya.

Imam masjid, Muhammad Hakimin Mohd Fazarin, 22, berkata, saranan menunaikan Solat Hajat itu merupakan antara usaha yang baik untuk memohon pertolongan Allah SWT.

 

“Alhamdulillah lebih kurang lima saf jemaah terdiri dari kariah masjid dan orang awam turut serta untuk bersama-sama menunaikan solat hajat ini selepas Jumaat,” katanya ketika dihubungi Media Digital Johor, hari ini.

 

Imam masjid, Muhammad Hakimin Mohd Fazarin, 22, berkata, saranan menunaikan Solat Hajat itu merupakan antara usaha yang baik untuk memohon pertolongan Allah SWT.

 

“Insya Allah dengan adanya solat hajat yang disarankan oleh pihak JAINJ, sedikit sebanyak mampu menyedarkan diri kita untuk muhasabah diri dalam musibah yang diturunkan,” katanya.

 

Mohamad Sobri Abdul Rahman, 59, yang sudah menetap di Bandar Baru UDA sejak 20 tahun lalu, menyifatkan keadaan cuaca panas sudah menjadi fenomena lazim yang berlaku pada setiap tahun.

Bagi Mohamad Sobri Abdul Rahman, 59, yang sudah menetap di Bandar Baru UDA sejak 20 tahun lalu, menyifatkan keadaan cuaca panas sudah menjadi fenomena lazim yang berlaku pada setiap tahun.

 

“Fenomena ini sudah menjadi satu kebiasaan. Jadi kita perlu ikut sahaja langkah-langkah atau ‘SOP’ yang telah dikeluarkan kerajaan selain banyak bersabar dalam hadapi situasi ini,” katanya.

 

Manakala, Abdul Rahman Ismail, 62, yang juga merupakan seorang doktor di hospital pakar swasta menyarankan masyarakat menjaga kesihatan selain merancang aktiviti luar dan kekal hidrasi.

 

“Jika kita dapati cuaca di luar panas, kita perlu kurangkan aktiviti luar dan hanya buat aktiviti yang sangat perlu sahaja selain minum air dengan secukupnya,” katanya.

 

Terdahulu, JAINJ dalam surat bertarikh 1 Jun lalu, mengesyorkan masjid dan surau Jumaat di negeri ini, melaksanakan Solat Hajat selepas Solat Fardu Jumaat bagi memohon kesejahteraan negeri Johor dan Malaysia amnya, semalam.

 

Saranan itu berikutan keadaan negara yang sedang berhadapan dengan cuaca panas dan gering yang memberi kesan kepada kehidupan masyarakat dalam urusan seharian.

 

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid yang berkongsikan surat JAINJ itu semalam, mengajak agar Solat Hajat turut diadakan di rumah selain di masjid dan surau Jumaat.

 

“Berikutan cuaca panas yang berpanjangan serta menyebabkan ketidaktentuan kesihatan rakyat, JAINJ telah mengarahkan semua masjid dan surau solat Jumaat untuk melaksanakan Solat Hajat dan memohon doa kehadrat Allah SWT agar dikurniakan kesejahteraan dan keselamatan kepada kita semua.

 

“Sama-sama juga kita yang berada di rumah masing-masing boleh juga turut melaksanakannya bagi kepentingan bersama,” katanya.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor