MBIP, JPS NEGERI JOHOR JALIN USAHA SAMA


MoU yang ditandatangani oleh Datuk Bandar MBIP, Dato’ Mohd Haffiz Ahmad dan Timbalan Pengarah (Pembangunan) JPS Negeri Johor, Mohamad Asnawi Sulaiman. | Foto ihsan Facebook MBIP – Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

 

ISKANDAR PUTERI — Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor, semalam.

 

MoU itu ditandatangani oleh Datuk Bandar MBIP, Dato’ Mohd Haffiz Ahmad dan Timbalan Pengarah (Pembangunan) JPS Negeri Johor, Mohamad Asnawi Sulaiman.

 

Menyaksikan pemeteraian MoU itu adalah Setiausaha MBIP, Khasanah Sufa’at dan Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (D) Johor Bahru, Ir. Ts. Abdul Razak Abdul Aziz.

 

MoU itu bertujuan mewujudkan asas usaha sama bagi mempertingkatkan kualiti pengurusan sungai, kolam tadahan dan perangkap sampah di bawah seliaan kedua-dua pihak yang terletak di dalam kawasan MBIP.

 

“Melalui Memorandum Persefahaman ini, MBIP dan JPS Negeri Johor akan membantu satu sama lain dalam bidang yang telah dipersetujui yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dan juga penduduk dalam kawasan pentadbiran MBIP.

 

“Kedua-dua pihak komited untuk merealisasikan sembilan bidang kerjasama yang telah dipersetujui di dalam Memorandum Persefahaman tersebut,” jelas MBIP dalam siaran dimuat naik dalam Facebook rasminya.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor