KERAJAAN JOHOR UMUM REBAT 30 PERATUS CUKAI HARTA


Kerajaan Negeri mengumumkan rebat sebanyak 30 peratus untuk kadar taksiran cukai harta, mulai tahun hadapan. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Kerajaan Johor hari ini, bersetuju memberikan rebat atau potongan sebanyak 30 peratus daripada nilai penyelarasan kadar taksiran cukai harta baharu melibatkan lima Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada tahun hadapan.

 

Kesemua PBT tersebut adalah Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Perbandaran Kluang (MPK) dan Majlis Perbandaran Pengerang (MPP).

 

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi ketika ucapan penggulungannya pada Mesyuarat Keempat (Belanjawan 2024) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-15 di Kota Iskandar, hari ini.

 

Rebat berkenaan membuktikan Kerajaan Negeri sentiasa mendengar keluhan rakyat yang sedang berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi setelah menyatakan kesediaan untuk meneliti dan mempertimbangkan kadar terbaik pada Oktober lalu.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor