HARI RADIO SEDUNIA 2024 DISAMBUT MERIAH


Sambutan Hari Radio Sedunia 2024 yang disambut meriah di Taman Negara Johor Tanjung Piai, Pontian, hari ini. | Foto MDJ Dania Farisya

 

Hari Radio Sedunia 2024 disambut penuh meriah oleh warga Jabatan Penyiaran Malaysia seluruh negara di penghujung selatan benua Asia, Taman Negara Johor Tanjung Piai, dekat Pontian, hari ini.

 

Sambutan yang turut disertai oleh penduduk setempat dan pengunjung taman negara tersebut, menyajikan pelbagai pengisian aktiviti sepanjang tiga hari bermula semalam hingga esok.

 

Antaranya, menyantuni warga emas di pusat jagaan di Johor Bahru, lawatan ke eko-pelancongan Kampung Sungai Melayu selain konsert kemuncak pada 14 februari yang akan bersiaran secara langsung di TV2.

 

Hari Radio Sedunia diraikan pada 13 Februari setiap tahun bagi memperingati sejarah dan peranan radio sebagai platform hiburan dan penyampaian maklumat.

 

Sambutan kali ini lebih signifikan apabila YBhg. Datuk Suhaimi Sulaiman, Ketua Pengarah Penyiaran menyempurnakan pelancaran semula stesen radio Muzik FM.

 

Menariknya, stesen yang pernah mewarnai kehidupan pendengar sebelum ini, telah memperkenalkan penyampai radio berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai DJ Aira.

 

‘Radio : Seabad Menyampai Maklumat, Menghibur dan Mendidik’

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor