PENGEZONAN PREMIS PERNIAGAAN BERKAITAN HIBURAN


YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor mengesyorkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menetapkan pengezonan premis perniagaan. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini, disaran melakukan pengezonan premis perniagaan berbentuk hiburan seperti spa, pusat karaoke dan lain-lain yang berkaitan demi keselesaan awam.

 

YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor langkah itu melibatkan kaedah ‘zoning’ premis terbabit jauh dari kawasan penempatan.

 

Selain itu, PBT di Negeri Johor juga diarahkan melakukan semakan dan mengenakan tindakan kepada mereka yang didapati menyewakan lesen perniagaan kepada warga asing.

 

Tindakan pembatalan dan senarai hitam akan diambil dengan serta-merta sekiranya pemilik dikenal pasti menyalahgunakan lesen perniagaan masing-masing dengan cara ‘Ali Baba’.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor