“SUKMA BERIKUTNYA, SAYA JUARA” – RENEE


Dalam aksi penentuan pingat gangsa semalam, Renee berjaya bangkit untuk mengatasi lawan dari Perak, Jenessa Li Lin Tong, 15-14 sekali gus meraih kejayaan dalam penampilan sulung bersama kontinjen SUKMA Johor. | Foto Ihsan.

 

Atlet lawan pedang Johor, Renee Wan Qing Chan tekad menjadikan pingat gangsa diraih pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 sebagai semangat untuk bangkit pada edisi yang akan datang.

 

Renee yang baru berusia 14 tahun berjanji untuk menukar kilauan gangsa kepada emas dalam acaraj sabre perseorangan wanita pada edisi SUKMA berikutnya selain memasang impian mewakili negara di pentas antarabangsa pada usia yang muda.

 

Dalam aksi penentuan pingat gangsa semalam, Renee berjaya bangkit untuk mengatasi lawan dari Perak, Jenessa Li Lin Tong, 15-14 sekali gus meraih kejayaan dalam penampilan sulung bersama kontinjen SUKMA Johor.

 

Renee turut menzahirkan penghargaan kepada barisan kejurulatihan dan pengurusan Persatuan Lawan Padang Negeri Johor yang memberinya peluang beraksi di pentas kompetitif selain kedua ibu bapa atas motivasi diberikan untuknya bersaing dengan lawan yang lebih senior.

 

Kem lawan pedang Johor akan meneruskan pemburuan pingat hari ini dalam acara Epee Berpasukan wanita menerusi atlet Nur Fadhila Azle, Nur Iman Najwa Mohd Faizal, Nurul Farsharnaz Radin Kamarul Affendy dan Nurul Hafiza Damia Mohd Halim.

 

#RiseUpJohor
#SukmaSarawak2024
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor