5 PERATUS DUTI HIBURAN TAMAN TEMA


Pembentangan Belanjawan Johor 2025. | Foto MDJ Aisyah Mazalan

 

#IskandarPuteri – Kerajaan Johor bersetuju menetapkan kadar duti hiburan untuk semua taman tema kepada lima peratus secara kekal berbanding 25 peratus yang ditetapkan ketika ini mulai 1 Januari tahun hadapan.

 

Pengumuman insentif khas berkenaan dibuat oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor itu bagi menggalakkan pelaburan taman tema di negeri ini selain menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa.

 

Insentif khusus buat taman tema merupakan antara inisiatif dalam Belanjawan Johor 2025 bagi menjayakan Tahun Melawat Johor 2026 yang menyasarkan kedatangan 12 juta pelancong ke negeri ini, seperti diumumkan Menteri Besar dalam Belanjawan Johor 2024.

 

Kerajaan Negeri juga merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas peruntukan sebanyak RM20.4 juta disalurkan bagi projek baharu, menaik taraf produk pelancongan di Taman Negara Johor Tanjung Piai dan pembangunan semula Pantai Air Papan, Mersing.

 

Selain itu, Kerajaan Negeri bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Tourism Johor, Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) dan pelbagai agensi berkaitan akan terus memberi tumpuan bagi menyediakan produk pelancongan berkualiti tinggi.

 

#BelanjawanJohor2025
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor