TANJUNG PIAI JADI MEDAN SEMAI KESEDARAN KELESTARIAN ALAM DI JOHOR

Jabatan Pertanian Negeri Johor menganjurkan Program CSR Transformasi Hijau di Taman Negara Tanjung Piai, Kukup bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan memelihara ekosistem hutan paya bakau melalui pendekatan pendidikan, komunikasi dan penyertaan aktif komuniti. | Foto FB Israk Abdullah
#IskandarPuteri– Jabatan Pertanian Negeri Johor menganjurkan Program Khidmat Sosial Korporat (CSR) Transformasi Hijau: Kelestarian Alam, Warisan Generasi bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemuliharaan alam sekitar, khususnya membabitkan ekosistem hutan paya bakau di Taman Negara Tanjung Piai, Kukup, pada Isnin lalu.
Program berkenaan menggunakan pendekatan komunikasi, pendidikan, penyertaan dan kesedaran (CEPA) bagi menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam usaha memelihara khazanah alam semula jadi.
Enam objektif utama turut menjadi fokus penganjuran program berkenaan, antaranya meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemuliharaan biodiversiti, melindungi habitat flora dan fauna serta memperkukuh kefahaman terhadap ekosistem hutan paya bakau, tanah lembap dan kawasan pesisir pantai.
Selain menggalakkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat dalam aktiviti pemuliharaan, program itu turut memperkukuh peranan Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) dalam pendidikan alam sekitar serta memupuk rasa tanggungjawab untuk mewariskan khazanah alam semula jadi kepada generasi akan datang.
Inisiatif itu turut memberi pendedahan kepada pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) dan agensi kerajaan mengenai kepentingan ekosistem hutan, tanah lembap serta kawasan pesisir pantai, selain peranan Taman Negara Johor dalam melindungi habitat dan biodiversiti.
Kerajaan Negeri Johor menerusi kerjasama agensi berkaitan akan terus mempergiat usaha meningkatkan kesedaran alam sekitar serta memupuk tanggungjawab bersama dalam memelihara khazanah semula jadi negeri ini demi kelestarian untuk generasi akan datang.
Terdahulu Majlis perasmian penutup program disempurnakan YB Tuan Haji Md. Israk Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor.
#TransformasiHijau
#KelestarianAlam
#TamanNegaraJohor
#TanjungPiai
#Pontian
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


