JOHOR SEDIA JADI VENUE BOLA SEPAK SUKAN SEA


YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor ketika ditemui selepas Mesyuarat Ketiga (Belanjawan 2025) bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar. | Foto MDJ Wira Anggara

 

#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri akan memohon perkenan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor untuk menjadi tuan rumah bagi acara bola sepak pada temasya Sukan SEA 2027.

 

Tiga venue sudah dikenal pasti untuk dicadangkan oleh Kerajaan Negeri sebagai gelanggang acara berkenaan iaitu Stadium Sultan Ibrahim, Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan Stadium Olahraga Mount Austin.

 

Ketersediaan fasiliti sukan bola sepak bertaraf antarabangsa selain kedudukan negeri ini sebagai pintu masuk yang strategik bakal menawarkan kelebihan sekali gus menjadi nilai tambah untuk menarik perhatian kontinjen bertanding dan peminat sukan tersebut.

 

Selain Johor, Pulau Pinang dan Sarawak turut menawarkan diri sebagai tuan rumah bersama Kuala Lumpur untuk beberapa acara lain bagi temasya dwi-tahunan itu dengan Pulau Pinang bersedia menganjurkan sukan snuker serta biliard.

 

Malaysia kembali menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027 selepas Mesyuarat Jemaah Menteri dipengerusikan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri pada Ogos lalu, bersetuju menganjurkan Sukan SEA 2027 di mana kali terakhir adalah pada tahun 2017.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor