TAMBAH BAIK PRASARANA SEKOLAH RINTIS
#JohorBahru – Meskipun tanggungjawab membaik pulih fasiliti sekolah berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak menghalang Kerajaan Negeri untuk mengambil inisiatif sendiri terutama dalam memastikan prasarana makmal sains dan makmal komputer di empat Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) dilengkapi dengan kemudahan dan teknologi terkini.
Ia termasuk sejumlah RM6.22 juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri pada Belanjawan Johor 2025 dan juga kerjasama daripada anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC) serta pembabitan pelbagai yayasan dalam usaha untuk menaik taraf kemudahan di semua SRBJ yang akan dilaksanakan bermula pada bulan ini bagi menjadikan sekolah tersebut berbeza daripada sekolah biasa yang lain.
Projek SRBJ ini akan melibatkan kira-kira 2,382 pelajar dan 160 guru dari empat sekolah terpilih iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kota Puteri 2 dan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kota Puteri 4 di Pasir Gudang serta SMK Tasek Utara dan SK Tasek Utara di Johor Bahru.
Sementara itu, Kerajaan Negeri juga akan menyediakan rancangan alternatif bagi memastikan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas dengan bencana banjir dapat menduduki peperiksaan awam itu tanpa sebarang halangan dengan terdapat sembilan calon di Segamat telah ditempatkan di SMK Buloh Kasap, manakala tujuh lagi calon tinggal sementara di rumah saudara terdekat mereka.
Terdahulu, YB Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor mengadakan lawatan ke SMK Tasek Utara, salah satu SRBJ bagi meninjau kemudahan infrastruktur menjelang pelaksanaan rancangan sekolah rintis itu yang dijadual bermula tahun hadapan.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor