JOHOR PERUNTUK RM20.5 JUTA PERKUKUH SISTEM KESIHATAN SEPANJANG 2025

RM8.4 juta diperuntukkkan bagi pemindahan Klinik Kesihatan Gelang Patah dan Klinik Kesihatan Sultan Ismail (Unit Ibu dan Anak) ke lokasi baharu. | Foto FB Onn Hafiz Ghazi
#IskandarPuteri – Sebanyak RM20.5 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Johor sepanjang tahun 2025 sebagai usaha untuk memperkukuh sistem kesihatan negeri demi memastikan kesejahteraan Bangsa Johor terus terpelihara.
Peruntukan tersebut disalurkan bagi menyokong pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik termasuk penambahbaikan fasiliti kesihatan serta peningkatan keupayaan hospital di seluruh negeri ini, jelas YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor.
Keprihatinan terhadap sistem kesihatan negeri turut dizahirkan menerusi sumbangan sebanyak 1,056 katil hospital yang melibatkan katil bayi, kanak-kanak dan dewasa serta 12 unit katil pengusung hasil kerjasama Kerajaan Negeri Johor bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta.
Kerajaan Negeri Johor juga turut meluluskan peruntukan bagi tahun 2026 sebagai persediaan penukaran sepenuhnya katil wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, selain memperuntukkan RM8.4 juta bagi pemindahan Klinik Kesihatan Gelang Patah dan Klinik Kesihatan Sultan Ismail (Unit Ibu dan Anak) ke lokasi baharu.
Selain itu, peruntukan berkenaan turut dimanfaatkan bagi menaik taraf 11 Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital di seluruh Johor, termasuk penambahbaikan perkhidmatan dan operasi di HSA.
Tahun 2025 turut menyaksikan pembukaan Hospital Pasir Gudang, selain pembinaan Klinik Kesihatan Taman Cendana dan Klinik Kesihatan Bandar Kota Tinggi yang dijangka mula beroperasi pada awal tahun 2026.
Secara keseluruhan, peruntukan RM20.5 juta ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Johor dalam memperkasa sistem kesihatan negeri agar kekal mampan, berdaya tahan dan berfokus kepada kebajikan rakyat.
#JohorSafeZone
#SistemKesihatanJohor
#KesihatanBerkualiti
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


