PRODUK PELANCONGAN BERTARAF DUNIA, BANGSA JOHOR NIKMATI KADAR LEBIH BERPATUTAN

Zoo Johor misalnya merekodkan lebih 517,000 pengunjung bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini dengan harga tiket hanya pada kadar RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak warganegara. | Foto MDJ Nazreen
#IskandarPuteri – Bangsa Johor kini menjadi golongan pertama yang menikmati hasil pembangunan produk pelancongan bertaraf antarabangsa apabila kadar yuran kemasukan ke kawasan tarikan tertentu bagi warganegara telah ditawarkan pada harga lebih berpatutan dengan sebahagiannya diberikan secara percuma.
Zoo Johor misalnya merekodkan lebih 517,000 pengunjung bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini dengan harga tiket hanya pada kadar RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak warganegara.
Muzium Tokoh pula menerima lebih 28,000 pengunjung dalam tempoh lima bulan sejak ia dibuka dengan harga tiket RM20 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak warganegara.
Danga Park, Hutan Bandar Johor Bahru dan Taman Merdeka pula menawarkan kemasukan secara percuma kepada pengunjung, dengan dua daripadanya telah menerima pengiktirafan bertaraf antarabangsa, baru-baru ini.
Justeru, pendekatan tersebut memastikan pembangunan produk pelancongan bertaraf dunia turut memberikan manfaat secara langsung kepada rakyat Johor.
Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor menjawab soalan berkaitan sektor pelancongan pada Mesyuarat Kedua (Belanjawan 2027) bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Ke-16 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.
#JohorSafeZone
#BelanjawanJohor2027
#JohorMajuRakyatSejahtera
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



