JOHOR REKOD HASIL TERTINGGI RM2.676 BILION

Hasil negeri dikembalikan kepada rakyat melalui Bantuan Kasih Johor (BKJ) merangkumi 23 inisiatif yang memanfaatkan ratusan ribu penerima pelbagai golongan. | Foto arkib MDJ

 

#IskandarPuteri – Johor merekodkan kutipan hasil negeri tertinggi dalam sejarah berjumlah RM2.676 bilion bagi tahun 2025, mencerminkan pengurusan kewangan yang kukuh serta prestasi ekonomi negeri yang berdaya tahan meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran ekonomi global.

 

Prestasi memberangsangkan itu juga dipacu oleh pertumbuhan pelaburan dan pembangunan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) yang terus menjadi antara pemangkin utama kepada peningkatan ekonomi negeri.

 

Hasil negeri berkenaan dipulangkan semula kepada rakyat menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif kesejahteraan, khususnya Bantuan Kasih Johor (BKJ) yang merangkumi 23 inisiatif dan memberi manfaat kepada ratusan ribu penerima termasuk anak yatim, pelajar, keluarga B40, warga emas, ibu tunggal serta golongan rentan yang lain.

 

Pelaksanaan inisiatif tersebut secara tidak langsung mencerminkan prinsip Kerajaan Negeri Johor bahawa setiap hasil negeri perlu dikembalikan semula kepada rakyat bagi meringankan beban dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat di negeri ini.

 

Justeru, Kerajaan Negeri Johor kekal komited untuk meneruskan agenda pembangunan mampan serta memastikan manfaat ekonomi dapat dinikmati secara menyeluruh oleh Bangsa Johor menjelang tahun 2026.

 

#JohorSafeZone
#WTN
#EkonomiJohor
#JohorHomeOfChampions
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor