JOHOR PERUNTUK RM84.55 JUTA PERKASA BELIA, SUKAN DAN USAHAWAN

Antara inisiatif utama yang dilaksanakan ialah pembangunan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Pengerang dan Johor Khabib Gym yang masing-masing menerima peruntukan RM10 juta bagi memperluas akses kemudahan pembangunan belia dan sukan di negeri ini. | Foto MDJ Aisyah Mazalan
#IskandarPuteri – Sejumlah RM84.55 juta diperuntukkan Kerajaan Johor bagi memperkukuh pembangunan belia, sukan, usahawan dan koperasi menerusi Belanjawan Johor 2026.
Peruntukan tersebut merangkumi pelbagai inisiatif berimpak tinggi yang memfokuskan pembangunan golongan belia, pengukuhan ekosistem sukan bertaraf antarabangsa serta pemerkasaan usahawan tempatan sebagai sebahagian daripada agenda pembangunan Bangsa Johor.
Antara inisiatif utama yang dilaksanakan ialah pembangunan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Pengerang dan Johor Khabib Gym yang masing-masing menerima peruntukan RM10 juta bagi memperluas akses kemudahan pembangunan belia dan sukan di negeri ini.
Kerajaan Negeri turut memperuntukkan RM7.5 juta bagi program Johor for Gold dan latihan pusat PARA SUKMA 2026 selain RM5 juta untuk pembangunan Akademi Badminton Johor bersama Datuk Lee Chong Wei sebagai usaha melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia.
Sektor keusahawanan turut diberi perhatian menerusi pelaksanaan beberapa inisiatif antaranya Insentif Khemah Usahawan Mikro, Program Pengembangan Produk Meh Sapot Lokal dan Bantuan Bertapak Usahawan Maju Johor bagi membantu memperkukuh daya saing usahawan tempatan.
Peruntukan berkenaan turut mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Johor dalam membina ekosistem pembangunan belia, sukan dan ekonomi yang mampan demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negeri secara menyeluruh.
Terdahulu, YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah menyampaikan ucapan penggulungan pada Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) bagi Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.
#JohorSafeZone
#OrangMudaJohor
#UsahawanJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



