JETP JADI LANDASAN TERUSKAN MOMENTUM PERTUMBUHAN EKONOMI JOHOR

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor hadir menyempurnakan Majlis Pelancaran Pelan Transformasi Ekonomi Negeri Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru. | Foto MDJ Nurina Aisyah
#IskandarPuteri – Pelan Transformasi Ekonomi Johor (JETP) yang dilancarkan hari ini bakal menjadi landasan utama bagi memastikan momentum pertumbuhan ekonomi negeri akan dapat diteruskan sehingga tahun 2030.
JETP yang menetapkan sasaran untuk meningkatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Johor kepada RM260 bilion menjelang tahun 2030, mewujudkan lebih 200,000 peluang pekerjaan baharu serta meningkatkan KDNK per kapita melebihi RM69,000.
Pelan tersebut turut memberi tumpuan kepada lapan sektor keutamaan iaitu elektrik dan elektronik (E&E), tenaga, kimia dan petrokimia, kesihatan dan farmaseutikal, aeroangkasa, logistik, pelancongan serta pertanian bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri.
Prestasi ekonomi Johor ketika ini berada pada landasan positif dengan peningkatan pelaburan, hasil negeri dan pelaksanaan pelbagai agenda pembangunan yang mampu memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.
Peningkatan hasil negeri turut membolehkan lebih banyak inisiatif kebajikan, pembangunan infrastruktur serta program kesejahteraan rakyat dapat dilaksanakan di seluruh negeri ini.
Justeru, kesinambungan momentum pertumbuhan tersebut kini bergantung kepada satu keputusan besar yang akan dibuat oleh Bangsa Johor pada 11 Julai ini pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor ke-16.
Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor hadir menyempurnakan Majlis Pelancaran Pelan Transformasi Ekonomi Negeri Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru, hari ini.
#JohorSafeZone
#PelanTransformasiEkonomiJohor
#JETP
#JohorHomeOfChampions
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



