DANGA PARK, HUTAN BANDAR MBJB RAIH PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA

Danga Park Johor Bahru dan Hutan Bandar MBJB masing-masing meraih pengiktirafan antarabangsa 2026 menerusi World Urban Parks Awards dan Asian Townscape Awards, sekali gus mengiktiraf usaha MBJB dalam menyediakan ruang hijau bandar yang berkualiti, selamat dan selesa untuk masyarakat.
#IskandarPuteri – Danga Park Johor Bahru dan Hutan Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) masing-masing meraih pengiktirafan antarabangsa bagi tahun 2026, sekali gus mengangkat nama Johor di peringkat global menerusi penyediaan taman awam yang berkualiti dan selamat untuk rakyat.
Danga Park Johor Bahru menerima pengiktirafan Outstanding New Park Project – Asia Pacific menerusi World Urban Parks Awards 2026, manakala Hutan Bandar MBJB meraih Asian Townscape Awards 2026.
Pencapaian berkenaan mencerminkan komitmen dan usaha warga kerja MBJB dalam menyediakan ruang hijau bandar yang berkualiti, selamat, selesa serta mudah diakses oleh masyarakat.
Pembangunan ruang hijau ini turut menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan bandar Johor yang memberi ruang kepada keluarga untuk meluangkan masa bersama, anak-anak bermain dan masyarakat mengeratkan hubungan.
Taman awam yang diselenggara dengan baik ini bukan sahaja memperindah persekitaran bandar, malah menyumbang kepada kesejahteraan dan kualiti hidup warga kota.
Pengiktirafan yang diterima turut menjadi dorongan kepada MBJB untuk terus meningkatkan aspek penyelenggaraan, kebersihan dan keselamatan taman awam demi manfaat rakyat.
Terdahulu, YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, mengucapkan tahniah kepada MBJB atas kejayaan meraih dua pengiktirafan antarabangsa berkenaan.
#JohorSafeZone
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


