22 JUTA PELAWAT KUNJUNGI JOHOR, NAIK 7.5 PERATUS

Prestasi tersebut menunjukkan sektor pelancongan Johor terus berkembang walaupun berdepan pelbagai cabaran luar jangka termasuk krisis di Asia Barat, kenaikan harga bahan api dan isu jerebu di rantau ASEAN. | Foto MDJ Nazreen
#IskandarPuteri – Johor merekodkan seramai 22 juta kemasukan pelawat bagi tempoh Januari hingga Oktober 2026, meningkat 7.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, sekali gus mencerminkan perkembangan positif berkaitan Tahun Melawat Johor 2026.
Bagi kategori pelancong yang bermalam pula, seramai 4.7 juta pelancong direkodkan menginap di Johor bagi tempoh Januari hingga Jun 2026. Jumlah tersebut terdiri daripada 3.3 juta pelancong domestik dan 1.4 juta pelancong antarabangsa dengan anggaran sumbangan sebanyak RM17.83 bilion kepada ekonomi negeri.
Prestasi tersebut menunjukkan sektor pelancongan Johor terus berkembang walaupun berdepan pelbagai cabaran luar jangka termasuk krisis di Asia Barat, kenaikan harga bahan api dan isu jerebu di rantau ASEAN.
Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, menjawab soalan berkaitan sektor pelancongan pada Mesyuarat Kedua (Belanjawan 2027) bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Ke-16 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.
#JohorSafeZone
#BelanjawanJohor2027
#JohorMajuRakyatSejahtera
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



