PDT TEROKAI TEKNOLOGI ‘TUAS DESALINATION PLANT’
ISKANDAR PUTERI — Permodalan Darul Ta’zim (PDT) mengadakan lawatan ke ‘Tuas Desalination Plant’ atau Loji Penyahgaraman Tuas di Singapura pada 14 Disember lalu.
Delegasi PDT diketuai oleh Ketua Eksekutif (Kumpulan) PDT, Dato’ Ramlee A. Rahman. Turut serta, Ketua Pegawai Eksekutif Johor Economic, Tourism & Cultural Office Singapore (JETCO), Saifuddin Abdul Rahim.
Hadir sama, Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia PDT, Noor’ Azmi Md Omar; Timbalan Presiden Korporat dan Kewangan, Dzulkifly Hassan.
Selain itu, Timbalan Presiden Undang-undang, Kesetiausahaan dan Integriti, Mohd Firdaus Abd Samad dan Timbalan Presiden Penyelidikan dan Pemantauan Projek, Azman Jaafar.
Lawatan rasmi tersebut bertujuan melihat teknologi digunapakai dalam proses penyahgaraman bagi pembekalan sumber air tawar sebagai alternatif untuk air minuman, argrikultur, perindustrian dan lain-lain.
“Sesi lawatan tersebut ini menyaksikan perkongsian pengalaman dan kepakaran daripada pihak HSL Constructor Pte Ltd dan Public Utilities Board (PUB),” jelas kenyataan PDT menerusi siaran dimuat naik dalam Facebook rasminya.
Kehadiran delegasi PDT disambut Pengerusi HSL, Lim Choo Leng; Pengarah Eksekutif HSL, Charles Quek; Ketua Pegawai Eksekutif, Wong Chin Sing; Pengarah Perniagaan Antarabangsa , Peter Ho.
Di samping itu, Pengarah Operasi, Chris Lim dan turut bersama-sama adalah Timbalan Pengarah PUB, Moh Tiing Liang serta Pengurus Besar PUB, Qin Wei.
‘Tuas Desalination Plant’ pernah menerima anugerah ‘Desalination Plant Of The Year’ – Global Water Awards pada tahun 2019.
Singapura merupakan antara negara di Asia Tenggara yang mempelopori teknologi penyahgaraman dan memiliki lima buah loji bagi memastikan bekalan air mentah domestik mencukupi.
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor