ILP PASIR GUDANG ANJUR 3 SIRI KURSUS TVET DIGITAL SECARA PERCUMA


Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang akan mengadakan tiga siri Kursus TVET Digital @ ILP Pasir Gudang yang akan berlangsung pada 12 dan 19 Februari ini / Gambar Ihsan ILP Pasir Gudang.

 

ISKANDAR PUTERI — Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang akan mengadakan tiga siri Kursus TVET Digital @ ILP Pasir Gudang yang akan berlangsung pada 12 dan 19 Februari ini.

Dalam pemakluman di laman sosial Facebook rasminya, bengkel terbabit dibuka kepada semua warganegara Malaysia dan ia diadakan secara percuma.

Bengkel TVET 2D CAD – Die Design akan diadakan pada 12 Februari ini bertempat di Bengkel Teknologi Pembuatan (Perkakasan Die) yang akan disampaikan oleh Pengajar Pakar Pembuatan, Saari Ishak.

Bengkel ini akan memberi pendedahan mengenai pengenalan pantas kepada reka bentuk ‘single dan compound die’, lakaran 2D dengan ‘AutoCAD’ dan reka bentuk komponen asas ‘single dan compound die’.

Bagi Bengkel TVET Digital Basic 3D CAD pula akan dijadualkan pada 19 Februari ini di Bengkel Teknologi Pembuatan (Pemesinan) yang akan disampaikan oleh Pengajar Pakar Pemesinan, Mohammad Shabri Hussain.

Pada bengkel ini, peserta akan didedahkan mengenai pengenalan kepada perisian ‘CAD Software’, asas reka bentuk dan juga penghasilan lukisan berkaitan industri.

Sementara itu, Bengkel TVET Design Using Inventor akan turut berlangsung pada hari sama di Bengkel Teknologi Reka Bentuk Industri yang akan disampaikan oleh Pengajar Pakar Reka Bentuk Produk Industri, Wahid Sabtu.

Peserta pada bengkel ini akan diberikan pendedahan mengenai pengenalan berkaitan ‘Autodesk Inventor, sketch dan part modeling’.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor