JDT BERPESTA GOL ‘BELASAH’ NEGERI SEMBILAN FC


Pasukan JDT meraikan jaringan gol Fernando Forestieri. | Sumber gambar: JOHOR Southern Tigers.

 

ISKANDAR PUTERI — Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) membelasah Negeri Sembilan FC (NSFC) 7-0 dalam aksi Liga Super 2023 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.

 

Pesta gol Harimau Selatan bermula menerusi Fernando Forestieri yang membuka tirai jaringan dengan tandukan pada minit ke-21.

 

Diogo Luis Santo mencetak nama selaku penjaring gol pada minit ke-41 hasil daripada sepakan voli ke gawang tuan rumah.

 

Bermula separuh masa kedua, JDT dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Forestieri pada minit ke-49.

 

Harimau Selatan terus menghukum pasukan tuan rumah menerusi jaringan Arif Aiman yang mudah menolak masuk hantaran Diogo pada minit ke-53.

 

La’Vere Corbin-Ong turut melakar nama sebagai penjaring pada minit ke-67 apabila menanduk masuk bola menewaskan penjaga gol NSFC.

 

Pasukan bimbingan Esteban Solari selaku pelawat menambah jaringan menerusi Endrick dos Santos pada minit ke-72.

 

Kealpaan NSFC sekali lagi dihukum Corbin-Ong sekali gus melengkapkan malam gemilang JDT dengan jaringan ketujuh pasukan pada minit ke-88.

 

Kemenangan ke atas pasukan kendalian K. Devan menyaksikan JDT meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Liga Super 2023.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor